KEPENTINGAN SOLAT

RENUNGAN BERSAMA

KEPENTINGAN SOLAT

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah,

mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.

 

Pertama : Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila solat ditinggalkan penganutnya. Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda,“Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang

dan menara semua perkara ? Aku menjawab, “Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya adalah Jihad”. ( H.R Tarmizi )

 

Kedua : Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kallimah syahadah. Ia merupakan salah satau cara individu Muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w,

“Islam dibina ataslimaperkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan”. ( H.R Muslim )

 

Ketiga : Ibadah solat tidak disyariatkan melalui

perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu solatlimawaktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj.

 

Keempat : Solat dapat membersihkan segala

kesalahan dan dosa. menurut Abu Hurairah r.a,

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnyalimakali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti

tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan solatlimawaktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya”. ( H.R Bukhari & Muslim )

 

Kelima : Solat membezakan antara seorang

Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir. Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Pembeza antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan solat”. (H.R Muslim)

Hazrat ‘Ubadah bin Somit r.a telah

berkata,“Kekasihku Rasulullah s.a.w telah

mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda

Baginda s.a.w,“Jangan menyengutukan Allah

dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan

dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan

meninggalkan solat dengan sengaja, kerana

sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan

melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan

menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan

minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu

segala maksiat.”( H.R Imam Tabrani )

 

Keenam : Solat merupakan perkara pertama

yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti.

Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalanamalan lain”.( H.R Al-Nasai & Tarmizi )

Mudah-mudahan mendapat sedikit pengajaran dan peringatan.

One Response to “KEPENTINGAN SOLAT”

  1. solah lah kamu sebelum kamu di solat kan.

    Selalu kita solat belakang imam,
    suatu hari nanti kena ke solat di depan imam…..
    tak dak pilihan dah………….

Leave a comment